kronologi kehidupan.....

Nama saya ialah Mohamad Ikmal Bin Hj Abd Rashid, saya dilahirkan di Bagan Datoh,Perak. Saya merupakan anak kedua daripada enam orang adik beradik. Nama ayah saya ialah Tn Haji Abd Rashid Bin Hj Abd Ghafar. Beliau merupakan seorang guru sekolah, manakala ibu saya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Pendidikan awal saya di Sekolah Kebangsaan Dato Sagor dan seterusnya menaiki alam sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Seri Maharaja Lela, Kg Gajah. Saya meneruskan pelajaran di tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil Shah, Sseberang Perak. Saya kini menyambung pelajaran dalam Jurusan Bimbingan dan Kaunseling di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

Blog ini bertujuan sebagai wadah yang terbuka dan segar kepada sesiapa sahaja yang mahu berkongsi apa yang sahaja yang berguna untuk diri, keluarga dan masyarakat. Diharapkan contents dalam blog ini boleh membantu meningkatkan diri khususnya dalam bidang kaunseling yang mencakupi soal motivasi, kerjaya, penghargaan kendiri dan sebagainya yang berkaitan...Terima kasih.

Posted in | 0 comments